Selasa, 9 Februari 2016

HANYA JAUHARI KENAL MAKNIKAM

HANYA JAUHARI MENGENAL MAKNIKAM Mengenal Maknikam Tidak ramai oramg yang mahu menjadi Jauhari. Tidak ramai juga yang berminat untuk mengenal Maknikam. Jauhari adalah pasangan Maknikam. Maknikam sangat mahal harganya ...tetapi hanya Jauhari yang dibenarkan memasuki istana yang tersimpan segala rahasia yang tersimpan dalam pebendaharaan Jauhari. Maknikam bukan sekadar 'sesuatu yang sangat bernilai' tetapi ia juga dirujuk sebagai sesuatu yang 'terpendam' . tempat duduknya ilmu. Ilmu yang mengandung rahmat yang maha Agung. Maknikam disediakan untuk orang yang sedar akan kemenjadian dirinya. Kemenjadian 'masa'. Kemenjadian alam semesta ini. Inilah golongan manusia yang terpilih dan tahu menempatkan dirinya di tempat yang betul dan benar. Golongan Jauhari ini sentiasa ada sesuai dengan kehendak dan patern zamannya. Rasulullah adalah penghulu dan ketua bagi semua kelahiran golongan Jauhari. Maknikam yang telah ditemui oleh rasulullah itulah juga yang diimpikan oleh semua manusia yang tahu dan menyedari akan hakikat kebenaran dalam segala hal. PERSEPSI Persepsi ialah 'sangkaan' berdasarkan tahap ilmu seseorang. Persepsi boleh menjadi hijap juga boleh menjadi lorong menuju cahaya. Sebenarnya , menuntut ilmu itu adalah proses membina dan membentuk persepsi tertentu sesuai dengan jenis ilmu yang anda pelajari. Bidang ilmu yang paling mulia dan sangat dituntut untuk dipelajari oleh manusia ialah ilmu tauhid iaitu bidang ilmu yang berpaksikan 'mencari kebenaran '. Iaitu mencari kebenaran untuk memecahkan kepalsuan persepsi yang belum sempurna ilmunya. Kesilapan ramai manusia ialah apabila 'berhenti menuntut ilmu'. Mereka rugi kerana tidak menyelami perbendaharaan yang tersembunyi...yang menjadi 'maknikam' di sisiNya. Berhenti belajar bermaksud anda membenarkan kepalsuan persepsi menguasai akal dan jiwa anda. Sedangkan di alam akhirat, elemen kepalsuan akan tertolak dan akan menghadapi pengadilan yang sangat halus dan terperinci sesuai dengan sifatNya yang maha Arif dan maha menghakimi. Elemen syirik akan dibuang dan dihancurkan. Elemen kebinatangan akan dibersihkan. Apa yang dimahukan ialah elemen 'kebenaran' dan 'kesucian'. Kita diciptakan untuk kembali kepada elemen kesucian. Oleh itu, memurnikan persepsi adalah langkah pertama dan utama. Sebab itulah Dia sering mengingatkan kita dalam Alquran...waspada dengan syirik, kerana ia akan terus menyesatkan kamu dengan peraepsi kamu terhadap Aku.

Khamis, 31 Disember 2015

Realiti atau Fantasi

Jika anda fikir kehidupan anda adalah berlaku atas kehendak anda, kemahuan anda, usaha anda... Maka ketahuilah bahawa anda sedang berada dlm dunia khayalan dan mimpi semata mata.. Anda berada jauh daripada kebenaran dan hakikat sebenar kehidupan yang Allah mahukan...anda berada di luar landasan kebenaran al quran. Anda tergolong dalam kumpulan orang orang yang biasa..golongan yang tidak mahu berfikir tentang hal ketuhanan dan hakikat kebenaran seperti ,mana golongan yang telah disindir dan dijelaskan dalam alquran.. Golongan majoriti yang membiarkan diri hanyut dalam kejahilan yang tersembunyi. Anda melihat diri anda dan islam hanya dari satu dimensi yang mudah. Selesa berada dalam zon yang selesa. Memilih kehidupan yang kalut dengan hal hal keduniaan dan bersifat material. Membenarkan dan mengizinkan diri berada dalam 'kezaliman' tetapi kelihatan indah dan betul. Tidak menyedari penipuan pencipta alam dan pencipta dunia. Hanya golongan yang mahu berfikir dan mengenal akan tuhannya yang diselamatkan. Orang yang mengenal pencipta dirinya sahaja yang dibuka hijab kejahilan , dibuka hijab kerakusan dibuka hijab khayalan. Sudah tiba masanya... Untuk kita tidak lagi mengizinkan diri kita dizalimi oleh kejahilan diri sendiri.. Untuk kita melangkah ke alam dan kehidupan realiti Mengizinkan kabenaran mengetuk pintu hati yang keras Kerana...Islam itu perlu 'dipeluk' bukan sekadar kita berdiri di muka pintu rahmat Allah yang maha luas ilmuNya. InsyaAllah ....jika anda membaca perkongsian ini dengan jiwa yang lapang dan ikhlas...pasti ada manafaatnya.

Rabu, 1 Oktober 2014

JALAN YANG LURUS

          Doa yang sangat penting dalam kehidupan kita adalah tersembunyi dalam surah AlFatehah iaitu   “Tunjukkan aku jalan yang lurus…”  apakah yang dimaksudkan dengan istilah “jalan yang lurus”.  Maksudnya ialah jalan yang diikuti oleh Rasulullah.  Iaitu jalan yang tiada berliku liku.  Jalan yang tidak banyak persoalan. Jalan yang diredhai.  Jalan yang lurus ialah jalan orang yang diredhai..  “Wahai jiwa yang tenang..kembalilah padaKu dalam keadaan  Aku redha dan kau  redha..”
    
       Inilah maksud jalan yang lurus.   Perjalanan akal dan roh yang tenang.  Tiada banyak dipersoalkan oleh Allah. Perjalanan roh yang diredhai oleh Tuan Empunya roh.  Manakala jalan yang tidak lurus pula ialah perjalanan roh yang berliku liku yang terpaksa melalui proses kehakiman Yang Maha Menghakimi , yang Maha Adil dan Yang Maha Arif.  Diri yang diadili akan tersiksa kerana proses pengadilan Allah sangat teliti dan halus.
    
       Yang Maha Arif memberikan  kita dua pilihan.   Adakah kita mahu diadili (jalan yang berliku) atau kita mahu diredhai (jalan yang lurus).  Sekiranya kita memilih jalan yang lurus maka kita hendaklah bersedia untuk berkorban …Berkorban demi Allah kita. Korbankan dunia ini dengan akhirat, korbankan nafsu amarah dengan menggantikan dengan nafsu mutmainnah.   Korbankan keindahan dunia dengan keindahan  ilmu Allah. Korbankan keriuhan dengan kesunyian (tafakur).  Yang paling penting ialah ..Allah didahulukan, yang lain dikemudiankan..
     
       Jalan yang lurus..ialah jalan para nabi dan rasul.  Jalan para aulia . Jalan orang mengenal diri, Jalan orang yang sanggup berkorban segalanya demi percintaan dengan Yang Maha Pencinta. Jalan yang lurus..ialah jalan orang yang tahu bersyukur dengan kesyukuran yang sebenar. Jalan orang orang yang benar benar ikhlas   Inilah jalan yang sangat mulia dan mahal harganya,   Inilah jalan orang yang hidup tidak mati.   Jalan orang orang yang tidak bermusuh dengan musuh.   Jalan orang orang yang rindui oleh Rasulullah di akhirat.
   2.30 am 2.10.14
    
JALAN  YANG  BERLIKU
      
      Jalan  yang tidak lurus ialah jalan yang berliku liku.  Iaitu jalan kehidupan  orang biasa,  berfikir cara yang biasa, memahami ilmu dengan cara yang biasa atau ala kadar sahaja  . Maka Allah akan memandang dengan cara yang biasa sahaja.  Golongan ini yang paling ramai bilangannya di dunia ini. Golongan yang memilih jalan berliku ini telah mengorbankan akhirat untuk dunia.   Membenarkan nafsu keduniaan menguasai pemikiran sehingga kekurangan masa untuk “berfikir tentang kebenaran”.  Sebenarnya golongan ini tidak menyedari bahawa mereka sedang melalui jalan yang berliku semenjak di dunia lagi, apatah lagi di akhirat kelak.
     
         Golongan ini hanya mengaku menjadi hamba Allah di bibir sahaja.  Inilah yang katakan golongan  munafik. Orang muslim majoritinya tergolong dalam golongan munafik, tetapi tidak disedari oleh kebanyakan mereka kerana tidak memahami maksud munafik secara mendalam.  Bahkan konsep “hamba” itu sendiripun mereka tidak memahaminya dengan mendalam.  Mereka bukan menjadi hamba Allah tetapi menjadi hamba dunia. Maka, terpaksalah mereka menghadapi bermacam onak dan liku kehidupan yang mereka istilahkan sebagai  cabaran dan ujian hidup.
   
        Untuk menjadi hamba Allah, kita perlu mengenal Allah dahulu.  Menjadi hamba tanpa mengenal Tuannya maka kehambaan tersebut tidak diterima atau  ditolak.  Mengerjakan solat tanpa memahami konsep kehambaan sudah tentu tidak sempurna solatnya. Tidak sempurna solat maka sukarlah untuk berada di atas “jalan yang lurus”. Tidak sempurna kedudukan diri sebagai “hamba” maka bukanlah dikatakan berada atas jalan yang lurus.  Bagaimanakah mahu menjadi hamba sedangkan ilmu hakikatpun belum tersentuh.  Jika ilmu hakikat belum tersentuh,  bagaimana pula diketahui tentang “hakikat hamba”, “hakikat solat”. “hakikat diri”  dan segala macam hakikat lagi.  Sebenarnya,   kita pasti tetap tercalit dengan sifat munafik dan syirik sekiranya kita tidak belajar  ilmu hakikat . ini  Pasti .  Sebab itulah Allah sediakan ilmu hakikat untuk menyucikan dan membasuh sifat munafik dan kotoran kesyirikan . 
   
     


     

Selasa, 30 September 2014

HANYA   SEDIKIT   YANG   MAHU   BERFIKIR…(tentang kebenaran)

  Al Quran banyak mengingatkan kita bahawa berfikir itu adalah suatu pendekatan yang sangat dialu alukan untuk mendekatkan hubungan hamba dengan Pencipta alam ini. Namun begitu, Al Quran juga mengatakan , hanya sedikit kalangan hambaNya yang mahu berfikir. Berfikir tentang kejadian diri sendiri, berfikir tentang kejadian ala mini,  berfikir tentang  maksud ayat ayat AlQuran.
   
  Siapakah golongan yang sedikit itu ? dan siapakah pula golongan yang tidak mahu berfikir ? Kenapakah Allah menggalakkan manusia untuk berfikir ? …..apa kata kita bertanya kepada diri sendiri, kita tergolong dalam golongan yang sedikit atau golongan yang ramai.
   
  Orang yang mahu berfikir ialah jenis orang yang mahu tahu. Berkehendak untuk mengetahui akan sesuatu.  Apa tujuan berfikir ? dan  sejauhmanakah  terkandung  nilai keikhlasan dalam  tujuan berfikir tersebut. Apa yang saya faham, yang dimaksudkan hanya sedikit golongan yang mahu berfikir itu ialah berfikir dalam  konteks “mencari kebenaran”(mencari Allah) dengan ikhlas.
   
  Berfikir mencari kebenaran itu satu hal. Berfikir dengan ikhlas itu satu perkara yang lain pula. Hanya segelintir yang mahu berfikir tentang kebenaran , daripada yang segelintir itu, hanya sedikit pula yang berfikir atau mencari dengan ikhlas. Konsep ikhlas itu pula yang menjadi piawaian terakhir. Oleh itu, kita dapati, ramai pengkaji dan pemikir bukan islam yang akhirnya dijemput oleh Allah memeluk Islam atas dasar mahu berfikir tentang kebenaran. Pada awalnya mereka mengkaji tentang makhluk Allah, akhirnya mereka mengkaji tentang kebenaran, yang mana disebabkan ada sedikit nilai keikhlasan, Allah menjemput mereka masuk ke dalam ruang “kebenaran” tersebut dan menjadi ahliNya.
  
    Perlu difahami bahawa proses berfikir itu tidak boleh berhenti walaupun kita  telah bertemu dengan kebenaran, kerana kebenaran itu terkandung dalam ilmuNya yang tiada bertepi serta tiada garis penamatnya .  Kebenaran itu berlapis lapis, bersirat sirat , tersembunyi dalam rahasia yang amat dalam. Proses berfikir adalah tertanggung oleh makhluk yang berakal serta berjiwa besar. Kemuliaan manusia itu kerana berakal. Tetapi. Sekadar berakal sahaja tanpa ada kehendak mahu berfikir tentang pencipta akal dan  ala mini, tiada maknanya.
  
    Berfikir tentang kebenaran itu termasuk dalam konteks berfikir tentang kejadian diri sendiri. Allah menyuruh kita berfikir tentang kejadian diri kerana “kebenaran” itu terkandung dalam diri kita.  Allah itu sendiri yang tersembunyi di dalam diri manusia. Oleh itu, Dia menyuruh kita “mencari” dan berfikir.  Istilah mencari sangat sesuai digunakan untuk “yang tersembunyi”. 
  
       Jika anda mahu berfikir….Diri kita ini sebenarnya terkandung khazanah ilmu Allah yang tidak terhingga nilainya.  Dengan lain perkataan, “segala galanya” terkandung di dalam diri manusia.  Apabila Allah sendiri membuat pengakuan bahawa, “Aku ada dalam diri kamu…tetapi ramai antara kamu yang tidak ketahui..” maka,  Allah itu sendiri ialah khazanah ilmu yang mahaAgung.  Apakah nilai diri kita ini…berapakah nilai diri kita ini…jika Allah mengatakan “Aku ada di dalam diri kamu”. 
    
      Saya mengajak anda berfikir secara mudah…kenapakah Allah memerintahkan kita agar mengenal diri . Jawapan yang mudah, kerana DIA ada dalam diri kita.  Kenapakah DIA bersembunyi di dalam diri kita..jawapannya, supaya kita “mencari”.  Kenapa pula kita disuruh mencari?..kerana tujuan kita dijadikan(diciptakan) adalah untuk “mengenal Allah”.  Inilah tujuan ASAS (basic) kita diciptakan dan lahir ke dunia ini.  Sepatutnya, proses pembelajaran dalam kehidupan kita ini berakarkan pada tujuan asal ini.
Tetapi majority kalangan manusia sekarang terbabas daripada tujuan asal penciptaan dirinya. Terbabas kerana “tidak mahu berfikir” tentang kebenaran.  Bahkan, hanya sedikit sahaja yang mahu berfikir..
      
      Diri kita terkandung segala macam ilmu…,tiada ilmu yang tercicir , segala ilmu sudah terkandung di dalam diri kita. Bahkan jika ada ilmu baru yang akan muncul sepuluh tahun mendatang…ilmu itu sudah tersedia dalam diri kita ini.   Namakan apa saja jenis ilmu…sains, fizik, matematik , sejarah, tauhid, bahasa dan segalanya. Semuanya sudah   ”  dibuild in” dalam diri manusia ketika DIA  mengatakan “Aku tiupkan RohKu…” Tetapi, hanya segelintir sahaja manusia yang mahu berfikir tentang hal ini.   Hanya sedikit….semakin  lama, semakin sedikit  orang yang berminat untuk berfikir hal hal begini.          
   Kenapa ?
Nak jawapan yang mudah…………………..sebab ALLAH sendiri yang mengatakan demikian…..Cuma kita janganlah terlambat untuk  join  dalam golongan yang “segelintir”   itu.

DUNIA INI  HANYA  SANDIWARA
  
     Al Quran yang mengatakan demikian. Maka, Allahlah  sebenarnya yang mengingatkan kita bahawa, dunia hanyalah sandiwara.  Tempat manusia bersandiwara.  Tempat manusia berlakon.  Dunia ialah pentas.   Dunia ialah tempat manusia bermimpi.  Tempat manusia bermain.  Skrip dan jalan ceritanya sudah siap.  Pelakonnya sudah diberi tugasan masing masing.  Sebelum kita lahir ke dunia, skrip lakonan kita sudah siap dibuat,  bahkan cerita kehidupan kita sudahpun bermula dan sudahpun tamat.
    
       Kita diberi tempoh (masa) untuk berlakon di pentas dunia. Pelakon tambahan yang tidak kurang hebatnya, jin dan iblis sama sama membantu agar cerita kita menjadi sempurna di sisi Allah dan di sisi manusia.  Layar Perak adalah penzahiran cahaya cerita kita. Daripada yang bathin terpancar yang zahir. Di dalam skrip lakonan kita sarat dengan ilmuNya serta pelbagai hikmah yang tak terjangkau oleh akal kita yang daif. 
   
       Sepanjang kehidupan manusia , DIAlah produser , DIAlah  Pengarah Filem. Alam ini dibentangkan dengan pelbagai wajah dan Rupa agar manusia sentiasa menilik dan berinteraksi.  Dosa dan pahala sekadar hijab  bagi mereka yang jahil.  Sorga dan neraka hanya manifestasi  KeadilanNya.  Esok dan lusa hanyalah permainan dan sandiwara Yang Maha Wujud.    Akar umbinya ,  ilmu. 
   
        Kita sekadar pelakonNya. Dia mencipta “masa” kerana cerita perlu bermula.  Tanpa masa, cerita dan kehidupan ini akan diam dan kaku  . Al Quran perlu dibuka dan dizahirkan serentak dengan cerita kita.  DIA  yang menghuraikan dan mentafsir ilmuNya…agar manusia mengerti dan Nampak jalan menuju ke jalan yang Lurus.  Nabi dan Rasul pembantu Pengarah Filem.  Al Quran sumber segala ilmu…inilah skrip cerita kita.  Skrip ini perlu difahami dan dihayati, agar Pengarah  dan Produser cerita kita akan tersenyum dalam RedhaNya bukan AdilNya………
    
         Akhirat bukan penamat cerita.  Alam akhirat adalah alam penzahiran  KeadilanNya, AsmaNya  yang sempurna  mesti dizahirkan.   Akhirat adalah episode kedua kehidupan.  Bagi orang orang yang bertaqwa (orang yang sudah mati di dunia) di sinilah mereka hidup selepas kematian.   Di dunia mereka sudah mati berkali kali maka di akhiratpula tempat mereka hidup selamanya.   Sebenarnya cerita kita tidak akan tamat kerana DIA bersifat baqa.  Orang berilmu sangat memahami hal ini kerana mereka sudah terjaga lebih awal sebelum tiba detik perpisahan.  Alam akhirat bukan lagi tempat bersandiwara kerana setiap yang zahir  (topeng topeng Roh)  akan bertukar kepada yang bathin (hakikat) .  Sandiwara hanya dibenarkan di dunia sahaja kerana di dunia adalah tempat kita memilih dan dipilih. Setiap permainan akan tiba masa tamatnya. Pemenangnya akan menerima anugerah kemuliaan di akhirat.
    
       Kematian ialah detik untuk manusia terjaga daripada tidur dan mimpi yang panjang. Realiti bukan di sini, tetapi di akhirat. Hakikat kehidupan bukan di dunia tetapi di akhirat, beruntunglah bagi orang orang yang memahami dan yakin dengan hal ini.  AlQuran sudah ditafsir oleh  Rasulullah melalui watak dan perwatakan beliau. Begitulah baginda telah Berjaya menjadi pembantu Pengarah cerita yang terbaik.  Alangkah hebatnya diri kita sekiranya kita juga dijemput bersama dalam golongan orang orang yang “sedikit” ini. Iaitu golongan orang yang memahami hakikat diri, hakikat dunia dan hakikat akhirat. Sudah pasti golongan inilah yang dikatakan golongan yang “mahu berfikir” dengan ikhlas tentang mencari dan menikmati Rahmat  kebenaran.













Isnin, 29 September 2014

KITA  BUKAN PEMILIK
    
              . Allah mewakilkan manusia untuk mentadbir kekayaanNya, tetapi kita jadikan harta Allah sebagai hak milik kita.  Allah mewakilkan kita  mentadbir anak anak kita, kita jadikan anak sebagai hak milik kita juga.   . Ini berlaku kerana tidak memahami  hak Allah dengan hak  kita. Ramai yang belum memahami  maksud “khalifah”. Kita sebagai khalifah di bumi Allah. Khalifah bermaksud “ wakil”,   mewakili Allah. Mewakili   bukan  bermaksud memiliki.  Allah sudah tegaskan dalam AlQuran bahawa   Dia yang memiliki segala sesuatu bukan kita.  Kalau kita juga sibuk  mahu memilliki, maka  berebutlah kita dengan Allah akan hakNya.   Allah itu pemilik mutlak akan segala sesuatu   Tiada sebesar zarahpun di muka bumi ini menjadi hak kita. Kalau kita juga boleh jadi pemilik atau ada hak di muka bumi Allah ini,maka  terbahagilah sudah hak tersebut kepada dua pihak. Kalau sudah terbahagi, mana lagi kesempurnaan zat Allah. Cacat sudah sifat keAgungan dan Kebesaran Allah. SubhanaLLah…Maha suci Allah daripada bersifat kekurangan dan kelemahan. 
   
      Kita kena faham dengan sebenar benarnya, sehalus halusnya. Siapa kita dan Siapa Allah. Kenapakah Allah tidak membenarkan kita menjadi pemilik segala sesuatu di buminya ini, ini kerana kita akan berpindah alam suatu ketika nanti.   Mati juga akhirnya.  Allah tidak mahu Roh kita terikat dengan dunia ini.   Allah sayang akan diri  kita ini.   Dia tidak mahu kita sombong dan takbur kerana adanya hak  tersebut. Sedangkan hakikatnya kita akan berpindah alam. Kita tidak kekal di dunia. Maka fahamlah kita, kenapa kita banyak masaalah di dunia ini. Antara sebabnya ialah roh kita masih terikat dengan dunia kerana kita jadikan harta kita di dunia ini sebagai hak kita, sedangkan semuanya hak Allah semata mata.  Roh yang terikat dan suka dengan keindahan dunia ini tidak berapa gemar dan berminat dengan ilmu ilmu ketuhanan, sebab ilmu ketuhanan (Tauhid) akan menghalang kita daripada mencintai dunia.
  
       Hak Allah, kita kembalikam kepadaNya. Jangan rampas hak tersebut walaupun hanya terdetik di hati. Hari ini, esok, lusa, bulan depan tahun depan dan sampai bila bila pun adalah hak Allah. “masa” itu hak Allah.  Bukan hak kita. Pengurusan takdir adalah pengurusan masa. Allah Pentadbir, Maha mentadbir dan maha Mentakdir.  Kita berada dalam PentadibiranNya 100%, bukan 99.9%. Di sinilah kerja ilmu dan iman.
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian…”
  
      Maka  orang yang paling rugi ialah orang yang tidak faham bahawa “masa” itu adalah hak Allah. Sebelum berbicara lebih lanjut tentang masa dalam ayat tersebut, kita kena faham dan akui telebih dahulu bahawa, masa itu hak Allah. Konsep masa ialah “bergerak” atau “terzahir” nya akan sesuatu. Sebenarnya, jika “masa” itu tiada. Tiadalah istilah untung atau rugi. Adanya dosa dan pahala kerana adanya masa. Adanya dunia dan akhirat, kerana adanya masa. Adanya solat 5 waktu, kerana adanya masa. Segala yang baharu itu adalah terkandung dalam masa. Kerana adanya “masa” ,  sebiji benih akan berkembang menjadi sepohon pokok.  Jika tiada masa, tiadalah pokok. Jika tiada masa, tiadalah berlaku amal dan dosa.  Tiada itu bukan bermula dari “tiada”. Tetapi  tiada itu bermaksud belum terzahir.  Tujuan masa itu diwujudkan, supaya yang tersirat itu menjadi tersurat. Menzahirkan yang bathin. Apabila sesuatu itu dizahirkan, maka prosesnya itu memerlukan masa. Yang zahir akan “terdedah” kepada segala pengaruh persekitarannya. Penzahiran ini sebenarnya suatu ujian yang berterusan.  Melalui “masa” inilah AlRabb akan menterjemahkan dan mentafsirkan keadaan DiriNya dan alamNya melalui ilmuNya jua. Sesungguhnya ilmu itu adalah saluran komunikasi yang bersifat kasar dan halus. Secara umumnya, proses kehidupan kita ini sebenarnya berlaku secara Terancang bukannya berlaku secara semberono. Jadi, tidak perlu kita risau akan bagaimana rupa dan warnanya kehidupan kita esok hari kerana Pentadbirnya adalah Allah, iaitu yang maha Arif.  Yang penting ialah, sejauhmanakah kita telah menjadi ‘hamba”. Apapun rupa takdir kita nanti, itulah yang terbaik untuk diri kita. Setiap orang ada “bahagian”nya  masing masing. Setiap takdir itu ada hikmahnya. Jangan kusutkan fikiran anda tentang “apa” takdir yang bakal diterima oleh anda, tetapi yang perlu difikirkan ialah hikmahnya. Sentiasalah bersangka baik pada Allah kerana Dia adalah Yang Maha Sempurna (absolute).